HISTORY

Monday, February 22, 2010

VISI SEKOLAH

SK Matang mencapai status Sekolah Cemerlang pada tahun 2012 dan Sekolah Terbilang pada tahun 2015.

MISI SEKOLAH

1. Berusaha dengan gigih mendidik dan melahirkan
individu yang cemerlang dalam Kurikulum,
Kokurikulum, Sahsiah diri dan Kepimpinan.

2. Berusaha menghapuskan buta 3M.

3. Meingkatkan pencapaian dalam UPSR dan PKSR.

4. Membimbing pelajar ke arah masyarakat `
bermaklumat dan celik teknologi.

5. Memupuk masyarakat berkemahiran dan berdaya
saing.

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Melayu Lelaki Matang telah diwujudkan pada tahun 1880 dan diikuti Sekolah Melayu Perempuan Matang pada 1882.Sekolah ini dibangunkan oleh kerajaan dengan dua buah bangunan di jalan Menggala,Matang.

Peringkat awal murid lelaki seramai 7 orang dan perempuan 6 orang yang terdiri daripada murid darjah 1 hingga darjah 3 dengan keadaan kelas terbuka. Pada tahun 1921barulah diwujudkan lima buah bilik darjah.

Perkembangan sekolah perlahan kerana ketika itu penduduk tidak ramai dan ada yang tidak berminat untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Oleh kerana pada akhir tahun 1922 Maktab Latihan Guru Melayu berpindah ke tapak baru di Tanjung Malim, Sekolah Melayu Lelaki di Menggala Street telah mengambil keputusan berpindah ke kompleks berkenaan.

Ketika penjajahan Jepun, Sekolah Melayu Lelaki telah berpindah semula di jalan Menggala kerana pihak tentera Jepun menjadikan komplek Ngah Ibrahim sebagai markas pemerintahan mereka.

Penduduk dipersekitaran Matang pada masa itu kebanyakkannya orang melayu yang bekerja sebagai nelayan, kakitangan kerajaan,anggota polis seramai 48 orang dan kerja kampung.

Selepas kekalahan Jepun pada 1946,Sekolah Melayu Lelaki berpindah semula ke Kompleks Ngah Ibrahim. Kemudian Sekolah Melayu Perempuan disatukan dengan Sekolah Melayu Lelaki. Semenjak dari itu murid lelaki telah bercampur dengan murid
perempuan dan sekolah telah ditukar kepada nama Sekolah Melayu.

Sekolah Melayu Perempuan telah diambil alih oleh sekolah cina pada tahun 1950.Nama sekolah telah diubah sekali lagi pada tahun 1959 kepada Sekolah Melayu Matang.

Murid-murid belajar di kompleks Ngah Ibrahim sehingga tahun 1982,Pihak kerajaan telah membangunkan sebuah bangunan pasang siap bersebelahan kompleks Kota Ngah Ibrahim.Bermula tahun 1983 sekolah telah berpindah ke bangunan baru sehinggalah tahun 2002. Murid-murid mula bertambah dari setahun kesetahun.

Bahagian pembangunan Kementerian Pelajaran Malaysia telah merancang untuk membangunkan sebuah sekolah baru yang dinamakan Sekolah Wawasan Matang. Sekolah ini mempunyai keluasan 14 ekar yang mempunyai prasarana yang indah.

Bermula hujung tahun 2002,pihak sekolah telah mula melakukan kerja memindah barang-barang dan peralatan sekolah ke bangunan sekolah baru . Awal Januari 2003 semua murid-murid Sekolah Kebangsaan Matang mula belajar di sekolah baru sehinggalah sekarang.

Pada tahun 2005 telah diujudkan pula Sekolah Khas Bermasalah Pembelajaran dimana terletak di bangunan berhampiran kantin sekolah. Pada tahun 2008 telah ditukar namanya kepada Program Pendidikan Kelas Integrasi (PPKI).

Pada Januari 2006 Pusat Kegiatan Guru Zon Simpang telah berpindah ke sekolah ini di mana ia ditempatkan di aras tiga berhampiran dengan Pusat Sumber Sekolah.

Sehingga sekarang Sekolah Kebangsaan Matang telah melalui pelbagai perubahan dan anjakan paradigma dalam memenuhi tuntutan masyarakat dalam mencari ilmu pengetahuan.